Google Maps jadi punca rombongan pengantin lelaki ini tersalah masuk rumah!

2160

Gara-gara tersilap menggunakan navigasi Google Maps, seorang pengantin lelaki bersama rombongan tersilap hadir ke rumah pengantin wanita lain hingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan mereka.

gambar hiasan

Berlaku di Indonesia, pengantin wanita dikenali sebagai Ulfa, 27, berkata, pada awalnya dia tidak menyedari ketibaan pengantin lelaki dan rombongan terbabit kerana sedang bersolek.

“Keluarga juga tidak kenal sangat ahli keluarga pengantin lelaki. Tetapi keluarga mengalu-alukan kehadiran mereka dan acara pertukaran hantaran juga sudah diadakan.



“Bagaimanapun, salah seorang daripada rombongan itu secara tiba-tiba menyedari mereka tersilap rumah pengantin lalu bergegas keluar. Mereka dikatakan tersilap mengikut Google Maps dan memohon maaf,” katanya.

Google Maps pengantin

Menurut Ulfa, tunang dan rombongannya belum tiba kerana berhenti mencari tandas.

“Saya terkejut dan bingung kerana tidak mengenali sesiapa daripada ahli rombongan berkenaan. Saudara ada bertanyakan kepada mereka, siapa calon pengantin wanita dan ternyata bukan saya. Rombongan itu dari Pemalang sementara tunang saya dari Kendal.

“Akibat tersilap rumah, saudara membantu dan menghantarkan rombongan itu ke rumah pengantin wanita yang betul dengan jarak tidak jauh dari kampung ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by www.borobudurnews.com (@borobudurnews)

“Kebetulan pada hari kejadian iaitu Ahad, dua majlis perkahwinan berlangsung dan boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Sebelum ini, rakaman video dimuat naik di Instagram @borobudurnews tular hingga mendapat perhatian warganet.

Video ditonton lebih 32k tontonan memaparkan suasana disulami tawa dari tetamu dan keluarga pengantin wanita gara-gara tersilap rumah pengantin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here