Terlalu yakin dengan Google Maps, Honda Amaze ini hampir tenggelam ke dalam sungai!

1373

Umum mengetahui bahawa Google Maps sememangnya dicipta untuk memudahkan suatu perjalanan atau mencari alamat tertentu.

Walau bagaimanapun, kemudahan ini kadangkala akan mengakibatkan pemandu kenderaan menghadapai masalah.

gambar hiasan

Perkara ini berlaku kepada seorang pemandu Honda Amaze di Andhra Pradesh, India. Dia yang dikenali sebagai Shivaram Balajepalli hampir menenggelamkan Honda Amaze miliknya, kerana terlalu berharap pada petunjuk jalan yang dipaparkan oleh Google Maps.



Menurut Gaadiwadi.com, Shivaram difahamkan menggunakan aplikasi itu kerana mahu mengikut laluan pintas untuk tiba ke destinasi yang dituju.

Malah, dia berpandukan kepada aplikasi itu tanpa ragu-ragu kerana yakin ia akan membantu membawanya ke lokasi tepat.

Sangkaan Shivaram meleset apabila dia tersesat hingga Honda Amaze miliknya termasuk ke dalam sungai.

 Google Maps

Namun, Shivaram dapat menyelamatkan dirinya, manakala Honda Amaze tersebut kemudian ditarik keluar dari sungai dengan menggunakan trak. Kisah ini mendapat perhatian warganet selepas tular gambar dimuat naik di Facebook.

Gambar yang tular itu menunjukkan sebuah Honda Amaze berwarna putih berada di dalam sungai dengan beberapa individu di lokasi kejadian.

Difahamkan, Honda Amaze itu tidak mengalami kerosakan dan dapat dihidupkan semula kerana segera dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here