JPJ beri jaminan tiada isu kekurangan disk Lesen Kenderaan Motor (LKM)

648

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan bekalan disk Lesen Kenderaan Motor (LKM) mencukupi untuk menampung urus niaga pelanggan di seluruh negara.

disk Lesen Kenderaan Motor
gambar hiasan

Menurut kenyataan dari JPJ, pihaknya sudah mengedarkan sebanyak 1.145 juta disk LKM kepada semua cawangan JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dengan kerjasama pembekal pada Januari lalu.

Pihak JPJ sudah membuat penambahan stok bekalan sebanyak 420,000 bagi mengelak daripada terputus bekalan, dan memberi jaminan disk LKM ini tidak akan putus bekalan bagi mengelak pengguna berhadapan kesulitan ketika menjalankan urus niaga LKM.

Bagaimanapun, pelanggan dinasihatkan menjalankan urus niaga secara dalam talian dan tidak perlu terburu-buru bagi mendapatkan dokumen secara fizikal dan bersesak-sesak di semua kaunter cawangan JPJ bagi mengelak pandemik Covid-19.

Selaras dengan pengecualian memperbaharui Lesen Memandu Kompeten(CDL) dan Lesen Kenderaan Motor Persendirian, pengguna boleh mengambil peluang pengecualian ditawarkan JPJ bermula 1 Februari sehingga 31 Mac ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here