Suzuki hentikan operasi dua kilang di Myanmar setelah berlaku rampasan kuasa

1159

Suzuki Motor telah menghentikan operasi dua kilang di Myanmar untuk memastikan keselamatan pekerja mereka setelah berlaku rampasan kuasa tentera baru-baru ini.

rampasan kuasa Myanmar

Dalam laporan oleh Kyodo News, pengeluar dari Jepun tersebut menyatakan mereka menghentikan operasi dua kilang yang terletak di Yangon, dimana seramai 400 orang pekerja berkhidmat di kilang tersebut.



Pembukaan semula kilang tersebut masih belum dinyatakan oleh Suzuki buat masa sekarang.

Suzuki yang memegang kira-kira 60 peratus bahagian pasaran untuk penjualan kereta baru di negara Asia Tenggara menghasilkan kira-kira 13,300 unit kenderaan dan berjaya menjual sekitar 13,200 unit pada tahun 2019 di Myanmar. 

Mereka juga merancang untuk memulakan operasi di sebuah kilang baharu yang terletak di Myanmar pada bulan September, dimana kilang tersebut mampu menghasilkan 40,000 unit kenderaan setiap tahun.

Menurut Biro Asia Timur Amerika Syarikat, pegawai kanan Amerika Syarikat dan Jepun telah berkongsi kebimbangan mereka mengenai keadaan di Myanmar, termasuk keperluan untuk mengembalikan demokrasi berikutan berlakunya rampasan kuasa oleh tentera Myanmar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here