JPJ guna pendekatan advokasi dan nasihat dalam tangani isu pengubahsuaian ekzos

1579

Penguatkuasaan terhadap pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran yang menyebabkan bunyi bising telah dijalankan secara bersepadu dan melibatkan JPJ, PDRM dan JAS.

pengubahsuaian ekzos
gambar hiasan

Tindakan ini diambil ekoran daripada rungutan dan aduan awam yang diterima daripada masyarakat mengenai ekzos motosikal yang membingitkan telinga ini.

Walau bagaimanapun, menurut pihak JPJ, mereka mengambil pendekatan berbentuk advokasi dan nasihat terlebih dahulu, sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mana-mana pesalah.



Tambah pihak JPJ, Bahagian Penguatkuasa mereka di seluruh negara telah menggunakan dua pendekatan dalam menangani isu ini iaitu:

  1. Pengeluaran Notis Temu Siasat di bawah Seksyen 114(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tujuan siasatan dan pengumpulan maklumat
  2. Pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan di bawah Seksyen 59(1), Notis (PG1) akta yang sama bagi penguatkuasaan.

pengubahsuaian ekzos

Melalui Notis PG1, mana-mana pemilik atau penunggang motosikal yang didapati terlibat dalam melakukan kesalahan pengubahsuaian ekzos tanpa kebenaran akan dilarang menggunakan motosikal tersebut, sehingga pembaikan terhadap ekzos dilakukan.

Mereka juga diberi masa tujuh hari untuk membaiki atau menukar ekzos tersebut kepada spesifikasi asal ekzos yang mematuhi pembuatan dan kegunaan yang telah ditetapkan.

Motosikal yang terlibat dalam kesalahan ini hendaklah dibawa ke mana-mana pejabat JPJ  untuk tujuan pemeriksaan sebagai bukti pembaikan terhadap ekzos telah dibuat.

Lanjut pihak JPJ, sebarang pengubahsuaian ekzos kenderaan bermotor tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh dikompaun tidak melebihi RM300, atau jika disabitkan kesalahan di mahkamah, pesalah boleh didenda di bawah Seksyen 119, APJ 1987 dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here