Semua unit KTM 1290 Super Duke RR Edisi Terhad habis dijual dalam masa kurang 1 jam

1065

KTM baru-baru ini memperkenalkan 1290 Super Duke RR Edisi Terhad, yang hanya dihasilkan dalam 500 unit untuk pasaran dunia.

Apa yang menarik, kesemua unit motosikal ini habis dijual hanya dalam masa 48 minit setelah diperkenalkan.



Walau bagaimanapun, KTM menambah pilihan senarai tunggu untuk pelanggan yang masih berminat kepada motosikal ini dengan mengambil kesempatan sekiranya terdapat pesanan yang dibatalkan.

1290 Super Duke RR dilengkapi dengan panel badan gentian karbon termasuk pada bahagian sub-bingkai dan disertakan dengan bateri lithium-ion ringan. Secara keseluruhan, berat motosikal ini sangat ringan, iaitu hanya pada 180kg.

KTM 1290 Super Duke RR

Selain itu, motosikal ini dikuasakan oleh enjn 1,301cc yang mampu menghasilkan sehingga 180bhp dan 140Nm tork, selain digabungkan dengan kotak gear 6-kelajuan. Hasil daripada berat yang ringan dan output tinggi yang dihasilkan, motosikal ini mempunyain nisbah kuasa-ke-berat 1:1.

KTM 1290 Super Duke RR

Beberapa peralatan dengan spesifikasi tinggi turut disediakan, iaitu sistem suspensi membabitkan fork WP Apex PRO 7548 Closed Cartridge dan penyerap hentak Apex PRO 7746 pada bahagian belakang. 

Harga jualan KTM 1290 Super Duke RR Limited Edition ialah pada USD30,550 (RM126,125).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here