Dr Sheikh Muszaphar kongsi kerenah anak, selamba main lompat-lompat atas BMW X6

1957

Dr Sheikh Muszaphar merupakan seorang pakar bedah ortopedik dan angkasawan pertama Malaysia.

Beliau sebelum ini menjadi kebanggaan negara apabila diterbangkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa di atas kapal Soyuz TMA-11 dengan kru Ekspedisi 16 pada 10 Oktober 2007.

Dr Sheikh Muszaphar



Angkasawan negara ini juga aktif di laman Instagramnya dengan berkongsi pelbagai kisah termasuk tentang bayi kembar kedua yang dianugerahkan pada akhir tahun lalu.

Terbaharu, Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagram beliau telah berkongsi telatah anaknya iaitu Adam dan Noah yang penuh bertenaga melompat daripada sebuah BMW X6 ke sebuah lagi kereta yang lain.

Gayanya yang penuh sabar dan bersahaja menyuruh anak-anaknya turun daripada kereta dan berhenti melompat berjaya menarik perhatian warganet yang membandingkan gaya mereka dalam mengasuh anak-anak.

Menerusi perkongsian yang dibuat, para warganet kebanyakannya memuji cara angkasawan negara itu mendidik dan mengasuh anak meskipun pada keadaan yang boleh memberi kesan kepada kereta. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Dr Sheikh Muszphar juga turut memaklumkan cermin depan keretanya retak berikutan aktiviti melompat anak-anaknya itu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here