Aprilia kekal dalam saingan MotoGP hingga 2026

1050

Aprilia semalam mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersaing dalam acara MotoGP sehingga tahun 2026.

Pasukan dari Itali itu, yang terlibat dalam perlumbaan dengan menggunakan nama Gresini kini menjadi pasukan kilang (factory) sepenuhnya.



Aprilia kini merupakan pasukan keenam dan terakhir yang mendaftar dengan pemilik MotoGP iaitu Dorna Sports, S.L., termasuk pasukan Suzuki, Yamaha, Honda, Ducati dan KTM.

“Bermula musim hadapan, kami akan mengambil bahagian dalam kapasiti rasmi sebagai pengeluar. Hal ini akan membuka peluang baru yang hebat,” kata Massimo Rivola, CEO Aprilia Racing.

Aprilia-Gresini menduduki tempat terakhir diantara pengeluar pada tahun 2020.

aprilia motogp

Pada musim ini, pelumba kelahiran Sepanyol mereka, Aleix Espargaro berada di kedudukan keenam dalam kejuaraan manakala Lorenzo Savadori dari Itali pula di kedudukan ke-22.

Bekas pelumba Itali, Fausto Gresini, yang juga merupakan pengasas pasukan Gresini, meninggal dunia akibat Covid-19 pada 23 Februari di usia 60 tahun.

aprilia motogp

Balunya iaitu Nadia Padovani kini merupakan pemilik dan pengurus baru pasukan telah bersetuju dengan Dorna untuk kembali ke MotoGP sebagai pasukan bebas pada tahun 2022.

“Dalam ingatan sepenuh hati tentang Fausto, saya berharap pasukan dan semua kakitangan memperoleh kejayaan untuk musim yang akan datang,” tambah Rivola.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here