Langgar SOP jika dine-in dalam kenderaan – Polis Sarawak

1233

Premis makanan yang menyediakan layanan dine-in di dalam kereta adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

dine in

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis yang menyediakan layanan sedemikian.



“Pengusaha premis makanan dinasihatkan supaya menghentikan layanan dine-in di dalam kenderaan.

“Menghantar makanan secara hidangan kepada pelanggan untuk makan di dalam kenderaan mereka atau kenderaan yang disediakan oleh premis adalah tidak mematuhi SOP, yang mana hanya membenarkan bawa pulang,” katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan pengusaha premis makanan yang menyediakan layanan dine-in di dalam kereta.

Inisiatif itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai selepas larangan untuk makan di dalam premis dikuatkuasakan.

dine-in

Aidi berkata, setakat ini, sebuah premis makanan di Miri dikompaun pada Jumaat lalu kerana menyediakan layanan sedemikian.

Menjelas lanjut, beliau berkata, tindakan itu adalah melanggar SOP kerana hanya take away dibenarkan.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya pelanggan membeli (take away) dan makan di dalam kenderaan mereka sendiri, ia tidak menjadi kesalahan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebelum ini memutuskan tidak membenarkan restoran, kedai makan, bistro, kafe, gerai makanan dan minuman beroperasi secara dine-in (makan di kedai).

Aktiviti pembekalan dan penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran saja.

Ianya adalah sebahagian daripada syarat SOP yang diperketatkan bagi mengawal penularan Covid-19 yang membimbangkan di negeri tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here