Max Verstappen kuasai GP Monaco, Hamilton ketujuh

884

Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen memanfaatkan peluang ketiadaan Charles Leclerc apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco, awal pagi tadi.

Pemandu Ferrari, Leclerc yang menghangatkan suasana menjelang saingan setelah menyambar petak pertama bagaimanapun gagal memulakan perlumbaan susulan kerosakan pada kotak gear.



Kejayaan tersebut menyaksikan Verstappen merampas kedudukan teratas secara keseluruhan dengan 105 mata, selepas pendahulu sebelum ini, Lewis Hamilton sekadar menamatkan cabaran di tangga ketujuh.

verstappen gp monaco

Juara dunia Formula 1 tujuh kali, Hamilton, yang juga telah memenangi tiga GP musim ini bagaimanapun dipisahkan empat mata untuk menduduki tangga kedua dalam carta keseluruhan.

“Sangat istimewa untuk menang di sini dan ini kali pertama saya menaiki podium di Monaco. Pada perlumbaan di sini, saya akui anda perlu fokus dan tidak boleh melakukan kesilapan,” kata Verstappen yang mencatat kemenangan keduanya selepas GP Emilia Romagna pada 18 April lalu.

verstappen gp monaco

“Perkara utama adalah taktikal hentian pit untuk menukar tayar. Apabila saya lihat pasukan lain mula menukar tayar lebih awal ia memudahkan saya untuk menguasai perlumbaan ini.

“Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini,” tambahnya.

Meskipun Ferrari kecewa dengan masalah tersebut, namun pasukan Itali itu boleh tersenyum apabila Carlos Sainz menghadiahkan podium pertama mereka apabila mengakhiri cabaran di tempat kedua. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here