Langgar SOP, enam penghantar makanan dikenakan kompaun RM1,500

761

Akibat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 dengan tidak memakai pelitup muka serta berkumpul, enam penghantar makanan bermotosikal masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 dalam satu operasi bersasar di Lahad Datu, semalam.

kompaun penghantar makanan
gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad, enam lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun itu dikenakan kompaun tersebut mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Operasi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Lahad Datu ini dijalankan di tiga lokasi di kawasan hadapan Darvel Bay, Bandar Sri Perdana serta Fajar.



“Operasi ini menyasarkan kepada penghantar makanan di sini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kompaun ini dikeluarkan selepas beberapa kali diberi nasihat namun masih ingkar,” katanya.

Rohan Shah berkata polis dan pejabat kesihatan memandang serius tahap pematuhan SOP penduduk daerah Lahad Datu dalam memastikan penularan Covid-19 dapat ditangani.

“Negara kini berhadapan dengan varian baharu COVID-19 yang kesannya lebih agresif dan kita tidak mahu pelaksanaan SOP di Lahad Datu ini dipandang enteng, diambil mudah,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here