General Motors akan umumkan lebih banyak penghasilan kilang bateri

980

General Motors akan mengumukan rancangan untuk menghasilkan lebih banyak kilang bateri kereta elektrik (EV) di Amerika Syarikat pada minggu ini.

Pengeluar itu telah komited untuk menghasilkan dua buah kilang bateri EV di Lordstown, Ohio, dan Spring Hill, Tennessee dengan rakan kerjasama mereka iaitu LG Energy Solution. Mereka difahamkan telah melabur sebanyak USD2.3 bilion (RM9.4 bilion) untuk projek ini.



Presiden GM, Mark Reuss mengesahkan perkaran ini dan menyatakan bahawa mereka dalam proses menghasilkan lebih banyak kilang bateri EV, namun tidak mendedahkan di mana lokasinya.

Presiden GM, Mark Reuss

Menurut jurucakap GM, Jim Cain, projek ini dihasilkan bagi meningkatkan kapasiti bateri, memandangkan jualan EV makin meningkat.

Tambahnya, kilang di Lordstown mampu menampung 1,100 pekerja apabila dibuka pada tahun hadapan, manakala kilang di Spring Hills pula mampu menampung 1,300 pekerja apabila dibuka pada tahun 2023.

bateri general motors

Kedua-dua kilang ini pada mulanya akan membekalkan sel bateri kepada lima kilang GM bagi tujuan penghasilan EV.

Seperti kebanyakan kilang lain, General Motors baru-baru ini mengumukan bahawa mereka akan menghentikan jualan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2035.

Mereka juga menyasarkan untuk menjadi pengeluar kenderaan bebas karbon menjelang tahun 2040.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here