Honda Civic Mugen RR untuk dijual di UK, harga pasaran lebih RM520k!

3715

Sebuah Honda Civic istimewa baru-baru ini disenaraikan untuk dijual di United Kingdom (UK) melalui platform Torque GT, iaitu pakar kenderaan import Jepun ke negara itu.

Ia bukanlah Honda Civic biasa atau Type-R, sebaliknya Mugen RR! Ya, Honda Civic Mugen RR berwarna merah yang kita ketahui.



Jika model ini cukup rare di Malaysia atau rantau ini, ia pasti lebih rare dan akan menjadi rebutan di UK. Ini kerana sekurang-kurangnya Malaysia pernah mendapat model Civic Type-R FD2 secara rasmi yang dilancar pada 2007, jadi tidak terkejut jika ada beberapa unit Mugen RR di sini.

Sebaliknya di UK, Civic Type-R yang dijual secara rasmi di sana pada masa itu adalah FN2, atau dikenali sebagai Civic Euro.

Jadi seperti yang anda mungkin telah tahu, Civic Mugen RR ialah versi lebih serius dan hardcore berbanding Type-R.

Maka tidak hairanlah harganya di Torque GT mencecah £89,990 (lebih RM521,000)! Hanya 300 unit pernah dihasilkan untuk seluruh dunia, dan semasa ia dijual pada 2007, kesemuanya habis licin dalam 10 minit sahaja.

Hanya beberapa unit sahaja diketahui pernah masuk ke UK, dan kereta yang dijual ini merupakan unit produksi 24 dari 300.

Semua komponen pada Civic FD ini adalah berunsurkan prestasi, seperti bampar depan dan belakang gentian karbon, bonet aluminium, rim forged dan spoiler belakang yang juga dari gentian karbon.

Terdapat juga tempat duduk Recaro gentian karbon, enjin yang ditala semula, camshaft baharu, sistem kemasukan baharu dan ekzos kustom, memberikan penambahan kuasa sekitar 15hp.

Ini bermakna unit K20A 2.0-liter padanya menjana sehingga 237hp ke roda depan melalui transmisi manual 6-kelajuan. Komponen prestasi lain termasuklah spring dan penyerap hentak Mugen, serta sistem brek Brembo.

Unit yang hendak dijual ini mempunyai kira-kira 33,000 batu pada perbatuannya (kira-kira 53,000km). Ia dikhabarkan lebih banyak disimpan sejak tiba ke UK, hanya pernah dipandu sejauh 270 batu (435km) di sana.

Sayang juga, kan? Ada yang mahu beli dan gunakan Civic Mugen RR ini dengan cara sepatutnya? 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here