Mercedes-Benz perkenal kereta prototaip kawalan minda manusia

1661

Kecanggihan teknologi automotif kini semakin melangkaui pemikiran manusia. Selepas wujudnya kereta tanpa pemandu kini muncul pula kereta yang mampu dikawal oleh minda manusia.

Ketika ramai meramalkan kereta pemanduan autonomi akan mengambilalih fungsi manusia sebagai pemandu, Mercedes-Benz memperkenalkan sebuah kereta prototaip Vision AVTR.



Mercedes mempamerkan model kereta itu di IAA Mobility di Jerman yang menggunakan kuasa elektrik dan dikawal melalui otak pemandu, namun ia masih di peringkat permulaan atau konsep sahaja.

Mercedes menggunakan teknologi Brain Computer Interface (BCI) sebagai tumpuan utama, membolehkan pemandu mengawal perkara asas yang tidak melibatkan pemanduan.

Teknologi itu hanya berfungsi bagi operasi menukar stesen radio atau memilih warna pencahayaan dalam kabin, bukannya kawalan penuh untuk pemanduan. 

“Teknologi BCI berfungsi sepenuhnya bebas daripada ucapan dan sentuhan. Ini membuka ruang revolusi untuk interaksi intuitif manusia dengan kenderaan,” kata Eksekutif Perniagaan Mercedes-Benz, Britta Seeger. 

Selain itu, bahagian luar kereta dilengkapi ciri canggih dan futuristik, manakala bahagian dalam pula memberi aura  seolah-olah pemanduan di angkasa lepas.

Menyentuh tentang kenderaan masa depan, Mercedes juga membayangkan sebuah kereta yang membolehkan pemandu memilih destinasi dengan hanya menggunakan fikiran sahaja.

“Mercedes-Benz telah meletakkan pengendalian kenderaan di satu tahap berbeza dalam penggabungan manusia dan mesin,” kata Britta Seeger.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here