Paris tetapkan had laju 30kmj, pemandu tak puas hati ‘pejalan kaki lebih laju dari kereta’

944

Paris melaksanakan penguatkuasaan had laju 30kmj  melibatkan hampir semua jalan raya di bandar itu bagi mengurangkan kemalangan dan pencemaran bunyi. Bagaimanapun, pelaksanaan itu tidak melibatkan jalan utama di Paris. 

Usaha itu juga bagi mengurangkan penggunaan kereta di jalan raya untuk menjadikan jalan raya lebih selamat kepada penunggang basikal dan pejalan kaki.



Namun, sejak undang-undang baharu itu dikuatkuasa pemandu mula berasa ketidakadilan dan pelaksanaan berat sebelah sehingga menyebabkan tunjuk perasaan. 

“Pejalan kaki lebih pantas berbanding kereta,” antara slogan yang dilaungkan penunjuk perasaan. 

Pertengkaran antara pemandu sering dilaporkan berlaku apabila ada antara mereka yang patuh dengan undang-undang baharu itu dan ada yang ingkar dengan membunyikan hon kepada pemandu yang perlahan. 

Pemandu teksi juga menyuarakan kebimbangan apabila pelanggan sering meminta mereka memandu melebihi had laju.

“Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 20 minit kini bertambah 33 minit menyebabkan kos pelanggan meningkat,” kata jurucakap pertubuhan yang mewakili pemandu teksi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here