Proton jangka jualan meningkat bulan September dan tingkatkan momentum empat bulan terakhir 2021

883

Proton Holdings Bhd dijangka mengakhiri 2021 dengan impak jualan lebih baik susulan pembukaan semula operasi pengeluaran, jualan dan eksport di samping akan meningkatkan hasil jualan bermula bulan September.

Kumpulan pengeluar kereta nasional itu mencatat jualan keseluruhan sebanyak 5,354 unit dari Jun hingga Ogos 2021, yang merangkumi gabungan pendaftaran dalam talian serta eksport.



“Pengeluaran yang agak terhad dibuat di kilang syarikat di Tanjung Malim selepas Perak diletakkan di bawah Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 5 Julai 2021. Tetapi ini hanya untuk seketika akibat kekurangan bekalan dari pembekal di Selangor.

““Jumlah jualan kami sehingga Ogos mencerminkan prestasi tinggi Proton dalam lima bulan pertama tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.

Sehingga penghujung Ogos, Proton merekodkan jualan sebanyak 63,637 unit, iaitu peningkatan sebanyak 1.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Roslan juga mengakui tahun ini merupakan cabaran besar buat industri automotif kerana perintah kawalan pergerakan, kekurangan bekalan cip dan beberapa isu lain yang merencatkan perkembangan jualan.

Bagaimanapun, Proton yakin jualan industri akan meningkat secara keseluruhan dalam tempoh empat bulan terakhir tahun ini. Dengan kedua-dua kilang kini beroperasi, Proton juga boleh memulakan kembali aktiviti eksport ke pasaran luar negara.

Misalnya, Pakistan akan menerima tiga penghantaran Proton X70 sebanyak 108 unit pada bulan September termasuk pek CKD untuk Proton Saga yang kini dijangka bermula pasang siap di sana pada akhir bulan Oktober.

Di samping itu 93 peratus pekerja Proton sudah lengkap vaksinasi manakala 75 peratus pekerja dari pembekal dan wakil jualan juga sudah mendapat vaksin penuh.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here