[Video] 2 lelaki kantoi curi tabung ekzos kenderaan orang awam

1767

Baru-baru ini tular rakaman video berdurasi 41 saat di media sosial yang memaparkan dua suspek cuba mencuri tabung ekzos kenderaan di parkir sebuah hotel di Ampang Jaya, Selangor.

Namun setelah menyedari kegiatan mereka dirakam orang awam, salah seorang daripada suspek memberi alasan kononnya sedang membaik pulih kenderaan tersebut sebelum  melarikan diri.



Dua lelaki tersebut merupakan warga tempatan berusia 24 dan 25 tahun, melakukan kegiatan mencuri tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga pada bahagian dalam ekzos. 

Bagaimanapun dua suspek tersebut ditahan sekitar Sungai Besi pada jam 11 malam. Selain itu, polis juga merampas dua tabung ekzos, dua penyambung tabung ekzos, pelbagai peralatan membuka ekzos, gergaji besi dan sebuah kereta jenis Proton Iriz.

“Semakan mendapati, suspek berusia 24 tahun mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah curi manakala rakannya tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Suspek mendedahkan mereka terlibat dengan jenayah curi tabung ekzos beberapa kali di sekitar kawasan daerah Ampang dan Kajang. 

“Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek akan dibuat selepas reman dilakukan hari ini di Mahkamah Ampang,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan suspek bagi lain-lain kes dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A (1) dan 511 Kanun Keseksaan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here