Siang bawa mayat, malam buat van kutip sampah!

14274

Sebuah syarikat van pengurusan mayat disalahkan gunakan untuk mengangkut sampah pada waktu malam manakala siang membawa mayat.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan apabila mereka menggunakan kenderaan itu untuk melupuskan sisa pepejal terkawal (sisa bercampur) di Kepong Entrepeneurs Park (KEP), Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Ia berjaya dihidu sepasukan penguatkuasa SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas intipan dan risikan selama beberapa hari.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, kejadian itu dikesan di lorong belakang Jalan Metro Perdana Timur 10, Kepong berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada 22 November lalu.

Rakaman CCTV itu menunjukkan  pergerakan salah laku pemandu dan kelindan van mayat yang melupuskan sisa di lokasi kejadian.

“Kami berjaya mengenal pasti kenderaan yang digunakan oleh suspek ketika melakukan pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi kejadian. Van mayat tersebut telah disita untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Pesalah akan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672) iaitu larangan terhadap pelonggokan, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran. 

Jika sabit kesalahan, pelaku akan didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here