Petron sediakan pam minyak khas buat rider, penunggang motor Filipina rasa diskriminasi

7094

Pam minyak khas buat penunggang motosikal bukanlah perkara baharu atau pelik di Malaysia. Polisi ini sudah lama dilakukan bagi setiap stesen minyak di pasaran tempatan.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya di Filipina. Perkara berkenaan menjadi pertikaian dalam kalangan netizen, apabila syarikat petroleum terbesar Petron menyediakan kemudahan pam minyak khas buat rider.



Konsep itu akan dijalankan dan diluaskan di beberapa stesen minyak terpilih yang  disahkan oleh Petron Corporation, yang juga anak syarikat San Miguel Corporation (SMC). 

“Untuk keselesaan dan keselamatan tambahan pelanggan motosikal kami, lorong khusus kini dilaksanakan di stesen Petron terpilih. Perkara yang sama juga akan dilaksanakan di lebih banyak stesen Petron tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Walaupun dasar baharu itu mengutamakan keselamatan penunggang, ramai rider meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial berhubung dakwaan diskriminasi terhadap  penunggang motor. 
 
Seorang rider berkata polisi tersebut akan menyebabkan penunggang perlu beratur panjang walaupun terdapat pam yang kosong.
 
“Walaupun tiada kereta di pam lain, penunggang motosikal akan beratur panjang di pam khusus untuk mereka dan penunggang tidak akan dibenarkan beratur di pam yang ada. Biasanya, perkara ini akan mencetuskan pertengkaran antara atendan (yang hanya mengikut polisi) dan penunggang motosikal.”
 
Polisi baharu itu menimbulkan pelbagai respons daripada netizen antaranya:
 
“Walaupun tiada orang menggunakan pam lain, korang terpaksa beratur panjang di pam minyak khas buat motor.”
 
“Jangan letak satu pam minyak motor, pilih satu atau dua. Kalau hanya ada satu jangan harap kitaorg akan tunggu.”
 
“Pro: tersusun; cons: walaupun tiada empat roda di pam lain dan terpaksa beratur panjang dipam yang dikhaskan dan tidak dibenarkan pergi ke pam lain, tentunya akan berlaku pergaduhan antara pelanggan. Jadi solusi cari pam minyak lain.”
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here