Honda Indonesia lancar Vario 160 body tebal, bolehke lawan Yamaha Aerox?

1786

PT Astra Honda Motor (AHM) rasmi memperkenalkan Honda Vario 160 (2022) menerusi perubahan menyeluruh pada bahagian enjin, rangka, rekaan dan ciri peralatan yang semakin canggih.

Berbekal enjin berprestasi tinggi 160cc enhanced Smart Power Plus (eSP+) penyejukan cecair, skuter tersebut mampu menjana kuasa 11.3kW @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.

Output tersebut lebih berkuasa berbanding Vario 150 sebelumnya yang menggunakan enjin  149cc dengan kuasa 9.7kW @ 8,500rpm dan tork 13.4Nm @ 5,000rpm. Bahkan kuasanya juga setara dengan Aerox 155 di Indonesia dengan kuasa 11.3kW @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6500rpm.



Enjin baharu tersebut menggunakan dimensi gerek dan lejang (60.0×55.5mm) dan dipadankan dengan nisbah mampatan yang cukup tinggi iaitu 12:1. Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi V-Matic.

Honda Vario 160 menggunakan teknologi rangka eSAF yang membuatkan ia semakin lincah dan mudah ditunggang ditambah dengan kecekapan penggunaan bahan api 46.9 km/liter.

Keselesaan tunggangan diserahkan pada suspensi teleskopik (depan) dan swingarm (belakang) yang kemudian dipadankan dengan tayar yang cukup lebar bersaiz 100/80-14 (depan) dan 120/70-14 (belakang).

Penampilan badan yang besar dengan karakter garis yang sporty disempurnakan dengan padanan lampu depan LED, panel meter digital penuh, simpanan bawah pelana 18 liter dan rim berwarna burnt titanium. Turut tersedia slot pengecas USB jenis A.

Skuter premium sporti itu juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti sistem kunci pintar Honda yang dilengkapi penggera dan sistem answer back. Tidak ketinggalan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan brek cakera pada roda belakang.

Honda Vario 160 dipasarkan dengan dua varian iaitu CBS yang berharga Rp25.8juta (RM7,503) dan varian ABS berharga Rp28.5 juta (RM8,288).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here