Utama Berita Automotif Jangan tertipu! Sekali pandang macam Bugatti Chiron rupanya…..

Jangan tertipu! Sekali pandang macam Bugatti Chiron rupanya…..

2402

Ramai orang sanggup buat apa saja untuk ‘nampak’ seperti memandu kereta import pada harga murah, salah satu cara mudah misalnya menukar Perodua Myvi menjadi Toyota Passo.

Namun ada sekumpulan anak-anak muda dari Vietnam, menghasilkan sebuah replika Buggati Chiron menggunakan bahan buangan dan terpakai yang mengambil masa setahun dengan menelan kos jutaan dollar.



Namakan apa saja kenderaan mewah, sama ada Ferrari mahupun Ducati semuanya mereka pernah hasilkan walaupun bentuk badannya tidaklah sekemas model asal kerana menggunakan kotak. 
 

Proses pembangunan hypercar itu dikongsi di akaun Youtube NHẾT TV dan difahamkan mereka membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum memulakan pemasangan. 

Rangka kereta tersebut menggunakan keluli buatan sendiri, walaupun kelihatan agak bersahaja namun casisnya menggunakan tulang wishbone berganda di depan dan suspensi multilink independent belakang, yang setanding dengan kereta mewah.

Buggati Chiron menggunakan enjin 8 liter quad turbo W16 bagaimanapun versi anak muda ini menggunakan enjin Toyota lama inline-4, dan dicat menggunakan warna biru acah Buggati pada penutup rocker.

Warna keseluruhan badan juga di cat dengan kemasan warna biru dan warna hitam bagi menyerlahkan penampilan model copy ori tersebut. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here