Perodua Kancil Chemat bernilai RM75k sedia cabar lumba drag

2714

Selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2, Jepun menghasilkan rekaan kereta kompak yang digelar ‘keijidosha’. Istilah ini kemudian disebut sebagai “kei” atau dalam bahasa moden Keicar iaitu kereta kompak.

Model lokal keicar pertama adalah Perodua Kancil yang menggunakan casis Daihatsu Mira. 



Bagi peminat sukan lumba drag, Perodua Kancil menjadi buruan segelintir pihak kerana beberapa faktor misalnya harga alat ganti yang masih berpatutan dan berat badan yang ringan. 

Dalam perlumbaan drag, kuasa enjin, daya pecutan dan keseimbangan casis kenderaan penting dalam mencatatkan masa terbaik. 

Jadi Perodua Kancil hijau milik Chemat ini melalui proses restorasi selama enam bulan bermula dari badan hinggalah enjin untuk mendapatkan hasil seperti dalam gambar. 

Pemilik The grasshopper itu melakukan modifikasi sendiri selain menerima bantuan daripada pasukan teknikal CMT Garage Performance.

Difahamkan nilai keseluruhan kos yang dibelanjakan pada sebuah jentera tersebut menelan belanja hampir RM75,000. 

Jika di tanya tentang pencapaian, kereta kompak itu merekodkan masa 7.5 saat bagi  jarak 201 di perlumbaan CVK Drag Event bertempat di Litar Sprintest Terengganu. 

Untuk makluman pada tarikh 20 Ogos 2022 akan berlangsung Mega Drag & Gathering Keicar di Malaysia bertempat di litar Litar Permotoran Terengganu.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here