Imej paten trak pikap Geely bocor, bakal ada 4×4 elektrik?

1012

NetEase Auto melaporkan akan ada satu jenama baharu dengan nama Radar yang bakal lancar tidak lama lagi.

Jenama itu difahamkan mewakili pengguna dengan gaya hidup baharu dan outdoor. Menerusi siasatan yang dijalankan tanda dagangan itu dimiliki oleh Geely Holding Group yang didaftarkan pada 20 April 2022 dan 22 Disember 2021.



Sumber dari Geely menjelaskan bahawa perniagaan baharu itu merupakan syarikat trak pikap Geely. 

Pada November tahun dilaporkan Geely Holding melepaskan perniagaan 4×4 daripada kumpulan kenderaan komersial dan merancang untuk membina jenama tenaga baharu versi mewah. Model pertama dijangka dilancarkan pada 2022.

Kemudian, pengumuman tender rasmi mengesahkan khabar angin mengenai projek trak pikap tenaga baharu mewah berkenaan. Geely turut melabur yuan 2.42 bilion (RM 1.56 bilion) untuk membangunkan fasiliti pengeluaran di bandar Zibo, wilayah Shandong.

Dalam barisan produk sedia ada, Geely Commercial Vehicle Long-range Auto mempunyai model pikap, Farizon FX yang berharga Yuan 119,900 hingga 129,900. Difahamkan FX tersebut akan diserahkan kepada syarikat pikap yang baru ditubukan untuk menguruskannya.

Rivian Configure R1T

Berdasarkan maklumat di atas, ada spekulasi menyatakan kebarangkalian Radar merupakan kenderaan pikap tenaga baharu mewah Geely yang bakal bersaing dengan kenderaan elektrik Amerika, Rivian.

Berbanding Farizon FX, trak pikap baharu ini dilihat membawakan reka bentuk trak yang normal, dengan rekaan dek belakang lebih panjang dan sentuhan rekaan Geely Haoyue.

Geely Farizon FX

Kemungkinan binaan trak pikap tersebut menggunakan casis unibodi, berbanding casis ladder seperti kebanyakan trak pikap. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here