Ini perbandingan dimensi Honda HR-V generasi baharu dan lama, lebih panjang dan rendah

2672

Selepas Thailand dan Indonesia, Honda HR-V generasi baharu dijangka dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Apa yang dimaklumkan oleh Honda Malaysia, mereka akan membawa masuk dua model baharu untuk pasaran tempatan dan satu daripada adalah HR-V.

Jadi apa perbezaan dimensi HR-V baharu dan lama, dalam artikel ini kami buat perbandingannya:



Honda HR-V Semasa
Honda HR-V Generasi Baharu

  Honda HR-V Semasa Honda HR-V Serba Baharu Perbezaan
Panjang 4,346mm 4,385mm +39mm
Lebar 1,790mm 1,790mm Tiada perubahan
Tinggi 1,605mm 1,590mm -15mm
Jarak Roda 2,610mm 2,610mm Tiada perubahan

 

Berdasarkan kepada angka itu, Honda HR-V generasi baharu tampak lebih panjang dan rendah berbanding model semasa.

Jika jarak rodanya sama, mungkin kelegaan ruang kaki untuk penumpang tidak mempunyai perbezaan berbanding model semasa. Namun, jika ada perubahan dari segi reka bentuk atau posisi kerusi, ia mungkin memberi kesan kelegaan pada ruang kaki penumpang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here