Honda HR-V generasi baharu ada tiga enjin, pasaran Malaysia guna yang mana?

1904

Bagi Honda HR-V generasi kedua, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tidak lagi menggunakan enjin 1.8 liter Aspirasi Biasa (NA) seperti model semasa.

Ini berdasarkan maklumat HR-V untuk pasaran di jual Thailand dan Indonesia yang dilancarkan sebelum ini.

Honda HR-V Pasaran Thailand

Bagi pasaran Thailand, buat masa ini ia ditawarkan dengan menggunakan enjin e:HEV Hybrid.



Di sana, ia ditawarkan tiga varian iaitu 

  • Honda HR-V e:HEV E
  • Honda HR-V e:HEV EL
  • Honda HR-V e:HEV RS

Rangkaian kuasanya menggunakan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson yang dibantu dengan dua motor Elektrik serta menggunakan transmisi automatik e-CVT.

Kuasanya pula, bagi enjin sahaja ia menyalurkan 105 hp dan 127 Nm tork dari 4,500 rpm hingga 5,000 rpm. Jika digabungkan enjin serta motor elektrik, ia boleh mencecah 131 hp dan 253 Nm tork dari 0 hingga 3,500 rpm.

Rangkaian kuasa itu, sedikit berbeza dengan Honda City dan City Hatchback e:HEV Hybrid buat pasaran Malaysia kerana jumlah outputnya lebih banyak sehingga 23PS.

Honda HR-V Pasaran Indonesia

Berbeza pula untuk pasaran Indonesia, Honda HR-V di sana ditawarkan dengan enjin 1.5 liter i-VTEC NA dan 1.5 liter VTEC Turbo.

Bagi pasaran Indonesia, Honda HR-V ditawarkan empat varian iaitu:

  • Honda HR-V S CVT (1.5 liter i-VTEC NA)
  • Honda HR-V E CVT (1.5 liter i-VTEC NA)
  • Honda HR-V SE CVT (1.5 liter i-VTEC NA)
  • Honda HR-V Turbo RS (1.5 liter VTEC Turbo)

Bagi enjin 1.5 liter i-VTEC, ia menggunakan rangkaian kuasa yang sama dengan Honda City dan City Hatchback generasi baharu di jual di Malaysia ketika ini. Ia mampu menyalurkan 121 PS dan tork maksima 145 Nm.

Enjin 1.5 liter VTEC Turbo pula yang menyamai rangkaian kuasa Honda Civic dengan menyalurkan 177 PS dan tork maksimum mencecah 240 Nm.

Namun, kedua-dua enjin itu hanya ditawarkan satu pilihan kotak gear automatik CVT.

Bagi pasaran Malaysia, ia mungkin ditawarkan dengan beberapa enjin. Mungkin satu daripadanya adalah enjin hibrid, cuma tidak pasti ia menggunakan enjin hibrid sedia ada pada model semasa atau menggunakan rangkaian kuasa e:HEV Hybrid seperti pasaran Thailand.

Namun berdasarkan pelan Honda Malaysia sebelum ini, mereka mahu menfokuskan untuk mengembangkan lagi versi RS e:HEV pada model masa hadapan berserta teknologi canggih generasi seterusnya, seperti VTEC Turbo, Honda Sensing dan Honda CONNECT.

Anda boleh baca di artikel di bawah:

Honda Malaysia dedah 3 strategi yang akan dilakukan pada 2022

Jadi, kami juga menganggap bahawa enjin 1.5 liter VTEC Turbo akan ditawarkan untuk pasaran tempatan seperti Indonesia.

Namun ada juga khabar angin yang mengatakan ia bakal ditawarkan dengan enjin 1.5 liter i-VTEC.

Buat masa ini, maklumat itu hanya spekulasi yang dibual antara rakan media tempatan dan bukannya jawapan sah daripada Honda Malaysia.

Anda tunggu sahaja maklumat rasmi daripada Honda Malaysia, kerana Honda HR-V generasi baharu itu dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here