Lima keluarga berdepan detik cemas cuba redah jalan dinaiki air

1034

Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Negeri Sembilan petang semalam turut menyebabkan sebuah kereta yang dinaiki lima beranak termasuk seorang bayi dihanyutkan air dekat Kampung Dingkir Inas, Kuala Pilah. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, difahamkan Toyota Avanza itu cuba melalui jalan yang dinaiki air di lokasi berkenaan.



“Bomba menerima panggilan jam 5.36 petang dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah dengan dua jentera bergegas ke lokasi sebelum tiba, jam 5.45 petang.

“Kami mendapati sebuah MPV berwarna biru tersangkut di kawasan semak selepas dipercayai dibawa arus dan maklumat mengatakan terdapat lima mangsa terperangkap di dalamnya,” katanya. 

Dia berkata, pihaknya kemudian melakukan operasi mengeluarkan mangsa dengan bantuan orang sebelum kelima-lima mangsa berjaya diselamatkan. 

“Daripada maklumat yang kami terima, pemandu MPV berkenaan cuba menyeberangi jalan yang dinaiki air, namun dibawa arus deras.

“Mangsa terdiri daripada dua wanita dewasa, dua kanak-kanak dan seorang bayi. Semuanya tidak mengalami kecederaan, namun dibawa ke penempatan sementara menggunakan kenderaan bomba,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here