Baki petrol terakhir di Sri Lanka, pengguna mula beratur…

1331

Perdana Menteri baharu Sri Lanka berkata negara itu berada pada hari terakhir baki petrol kerana menghadapi krisis ekonomi terburuk dalam tempoh lebih 70 tahun.

Menerusi ucapan di televisyen, Ranil Wickremesinghe berkata Sri Lanka memerlukan peruntukkan segera AS75 juta (RM329 juta) dalam beberapa hari akan datang untuk membayar barangan keperluan import penting.



Tambahnya, bank negara perlu mencetak wang bagi membayar gaji kakitangan kerajaan dan hutang serta komitmen lain. Beliau juga mencadangkan penswastaan Syarikat Penerbangan Sri Lanka milik kerajaan.

“Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa mencetak wang membawa kepada kejatuhan nilai rupee,” katanya.

Ekonomi negara pulau itu terjejas teruk akibat pandemik, kenaikan harga tenaga, dan pemotongan cukai populis. Kekurangan kronik mata wang asing dan inflasi yang melambung tinggi menyebabkan kekurangan ubatan, bahan api dan keperluan asas lain.

Di ibu negara, Colombo, pengangkutan popular bandar itu tuktuk dan kenderaan lain mula beratur di stesen minyak.

“Pada masa ini, kami hanya ada stok petrol untuk sehari. Beberapa bulan akan datang akan menjadi paling sukar dalam hidup kami,” kata Wickremesinghe yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada Khamis.

Bagaimanapun, tambahnya penghantaran petrol dan diesel menggunakan talian kredit dengan India boleh menyediakan bekalan bahan api dalam beberapa hari akan datang.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat protes besar yang kadang kala bertukar ganas terhadap Presiden Gotabaya Rajapaksa dan keluarganya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here