Perodua Alza (2022): 5 ciri baharu yang anda perlu tahu MPV generasi kedua ini

3105

Perodua melancarkan generasi kedua Alza serba baharu yang ditawarkan dengan tiga varian iaitu X, H dan AV.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu menjadi model kedua selepas Ativa menggunakan platfrom Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dengan dihasilkan di bawah Konsep Binaan Pintar Perodua (PSB).

Ini 5 ciri baharu yang anda perlu tahu tentang Perodua Alza 2022:

1. Perbezaan Dimensi

  Perodua Alza Generasi Pertama Perodua Alza Generasi Kedua
Panjang (mm) 4,220 4,425 (+205)
Lebar (mm) 1,695 1,730 (+35)
Tinggi (mm) 1,620

AV, H: 1,670 (+50)



X: 1,660 (+40)

Kelegaan Bumi (Ground Clearance) (mm) 155

AV, H: 160 (+5)

X: 150 (-5)

Jarak Roda (mm) 2,750 2,750 (0)

 

2. Perbezaan kapasiti ruang bagasi

  Perodua Alza Generasi Pertama Perodua Alza Generasi Kedua
Kerusi barisan ketiga dilipat 348 liter 498 (+150)
Kerusi barisan ketiga tidak dilipat 83 liter 137 (+54)

3. Enjin yang lebih berprestasi

MPV tujuh tempat duduk itu menggunakan enjin 1.5 liter (2NR-VE DVVTi) dengan memenuhi piawaian standard Euro 4. Ia turut dipadankan dengan transmisi D-CVT baharu.

Biarpun menggunakan enjin sama dengan Perodua Myvi dan Aruz, kuasa maksimum lebih 2.6hp menjadikan 104.6hp, manakala tork sejumlah 138Nm dengan peningkatan 1Nm.

Tahap penggunaan bahan apinya pula mencatatkan 22km/L mod MMD (Malaysia Driving Cycle). Berdasarkan maklumat daripada Perodua, kos minyak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kurang RM40 (berdasarkan bahan api RM2.05 seliter).

Ia juga mempunyai tiga mod pemanduan iaitu Normal, Power dan Eco yang mana ia boleh ditukar pada butang terletak pada stereng. 

4. Ciri-ciri baharu pada Perodua Alza 2022

  • Cakera brek 16 inci pada roda belakang (Varian AV sahaja)
  • Auto Brake Hold System (Varian AV sahaja)
  • Perehat tangan tempat duduk barisan kedua (Semua varian)
  • Corong penyaman udara penumpang belakang (Semua varian)
  • Monitor pemandangan Panoramik 360 darjah (Varian AV sahaja)
  • Brek parkir elektronik (Varian AV sahaja)

5. Ciri Keselamatan

I. Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) 

  • Pre-Collision Warning
  • Pre-Collision Braking
  • Front Departure Alert
  • Pedal Misoperation Control

II. Adaptive Cruise Control

III. Lane Departure Warning

IV. Lane Departure Prevention

V. Lane Keep Control

VI. Blind Spot Monitor

VII.Rear Cross Traffic Alert

VIII. Adaptive Drive Beam ( Varian AV dan H)

Harga Mengikut Varian: 

  • Perodua Alza varian X – RM62,500
  • Perodua Alza varian H – RM68,000
  • Perodua Alza varian AV – RM75,500

*harga tidak termasuk insurans

Galeri Gambar: 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here