30,000 tempahan Perodua Alza (2022) tertinggi dalam sejarah

2548

Perodua menerima lebih daripada 30,000 tempahan Alza serba baharu sejak dibuka pada 23 Jun lalu yang mana tertinggi dalam sejarah jenama tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pencapaian itu disumbangkan beberapa faktor antaranya pelanggan yang memanfaatkan pengecualian cukai jualan yang tamat pada 30 Jun lalu.

“Lebih 200,000 unit tempahan yang diterima buat masa ini, hampir 15 peratus daripadnya disumbangkan oleh Perodua Alza serba baharu,” katanya pada majlis pelancaran Alza (2022).



Tambahnya, 4,000 pelanggan yang menempah Alza terdahulu menukar kepada Alza generasi kedua walaupun sebelum pembukaan tempahan belum diumumkan.

“Bermula hari ini beberapa pelanggan kami akan menerima Alza serba baharu daripada 195 bilik jualan sah seluruh negara. 

“Kami memberi jaminan kepada pelanggan kami yang menempah Perodua Alza pada atau sebelum 30 Jun, mereka akan menerima kenderaan mereka sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023,” jelasnya.

Perodua Alza baharu dijual pada harga bermula dari RM62,500 sehingga RM75,000 dan pihak syarikat melabur sebanyak RM770 juta untuk membangunkan model tersebut sejak April 2018.

MPV kompak itu dibangunkan menggunakan platform Global Daihatsu (DNGA) yang mana jurutera Malaysia bekerjasama dengan pihak Daihatsu Motor Co. Jepun. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here