Perodua Alza (2022): Tambah aksesori Gear Up, terus tampak garang!

4048

Perodua baharu sahaja memperkenalkan generasi kedua kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka menerusi Alza serba baharu.

MPV itu memiliki tiga varian ditawarkan membabitkan X, H dan AV yang mana menggunakan enjin 1.5 liter (2NR-VE DVVTi) dengan memenuhi piawaian standard Euro 4.

Biarpun menggunakan enjin sama dengan Perodua Myvi dan Aruz, kuasa maksimum lebih 2.6hp menjadikan 104.6hp, manakala tork sejumlah 138Nm dengan peningkatan 1Nm.



Seperti biasa, setiap model yang diperkenalkan oleh Perodua, mereka akan menawarkan aksesori GearUp termasuk Alza serba baharu ini.

Namun apa yang boleh dikatakan, aksesori GearUp untuk Alza ini ternyata membuatkan MPV itu lebih garang berbanding biasa.

Aksesori GearUp bagi penampilan luaran:

  1. Aksesori tambahan pada bahagian bampar bawah dengan lampu LED.

2. Aksesori tambahan pada bahagian bampar bawah belakang.

3. Door Visor

Aksesori GearUp bagi dalaman:

  1. Kepingan pelapik pada pintu masuk dengan mempunyai lampu GearUp

2. Pelapik kaki 

3. Balutan kerusi warna hitam dan merah

4. Pelapik plastik pada ruang belakang.

Ini senarai harga untuk aksesori GearUP untuk Alza serba baharu:

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here