Mayat warga emas tersepit pada tayar Perodua Myvi

3571

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta sebelum diseret dalam kemalangan di 58 Jalan Jementah-Muar, Segamat, petang tadi.

Mangsa berusia 80-an ditemui sudah tidak bernyawa tersepit pada tayar bahagian belakang Perodua Myvi dalam kejadian 2.30 petang itu.



Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, siasatan awal mendapati, hatchback yang dipandu seorang pemuda berusia 30-an dalam perjalanan dari arah Jementah menghala Segamat.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang warga emas itu disyaki keluar secara tiba-tiba ke laluan kereta tersebut.

“Penunggang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kiri kereta sebelum terjatuh lalu terseret dan tersangkut pada tayar belakang,” katanya. 

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Jementah.

Mayat mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 

Polis Segamat turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta tampil membuat laporan di mana-mana balai atau Balai Trafik Segamat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here