Stopa buat laporan polis, bengang maklumat peribadi tersebar

5407

Gara-gara tularnya surat saman kerana memandu tanpa lesen, Haqiem Stopa membuat laporan polis selepas maklumat peribadi iaitu nama penuh dan alamat pada surat saman tersebar di media sosial. 

Katanya, gambar dan maklumat peribadi tidak seharusnya dihebahkan kerana melibatkan privasi. Dia berkongsi mengenai laporan polis berkenaan menerusi Instagram story yang menunjukkan imej memegang sekeping laporan polis.



“Datuk Jailani turut menambah sekiranya maklumat peribadi anda disebar tanpa persetujuan, kesalahan tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 130 dengan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” tulisnya. 

Dia yang memiliki lebih 800,000 pengikut di akaun TikTok mengaku kesilapan memandu tanpa lesen dan bersedia menanggung akibatnya. Pemuda berusia 22 tahun itu mengakui tidak memiliki lesen kereta bukannya motosikal.  

“Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh.

“Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira pukul 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here