Pemandu Myvi tertekan pedal minyak rempuh kedai serbaneka

846

Seorang wanita yang tertekan pedal minyak menyebabkan Perodua Myvi yang dipandu merempuh pintu sebuah kedai serbaneka 24 jam di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu pagi tadi. 

Rempuhan itu menyebabkan pintu utama pecah dan kaunter bayaran rosak dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi itu. 



Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 33 tahun meletakkan kereta Myvi di depan sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Menurutnya, pemandu itu dipercayai tertekan pedal minyak sehingga kenderaan itu merempuh pintu utama premis berkenaan. 

“Ketika kejadian berlaku, dua pekerja sedang bertugas dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Perodua Myvi semasa mengendalikan keretanya sehingga merempuh kedai serbaneka itu,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here