Penumpang selamat pesawat mendarat cemas di lebuh raya

572

Seorang juruterbang dan seorang penumpang selamat selepas pesawat kecil yang dinaiki mereka terhempas sebelum terbakar ketika mendarat cemas di sebuah lebuh raya di California, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

Andrew Cho mengedalikan pesawat satu enjin Piper Cherokee sebelum mengalami masalah teknikal menyebabkan dia mengambil keputusan mendarat cemas di lebuh raya di Corona, Riverside County.

Satu rakaman video dashcam yang tular menunjukkan pesawat itu cuba mendarat di lebuh raya yang sesak dengan kenderaan sebelum ia terhempas dan terbakar.



Laporan mendakwa Cho dan seorang lagi penumpang berjaya keluar dari pesawat itu tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Ia seperti satu jatuhan yang keras. Sukar untuk gambarkannya. Kami berada kira-kira 10 meter sebelum pesawat tiba-tiba pegun dan terhempas.

“Pengalaman dan latihan yang saya lakukan selama ini antar faktor saya berjaya mendaratkan pesawat ini,” kata Cho.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here