Jalan raya di Malaysia antara 21 terbaik dunia, atasi negara maju!!

1067

Sebagai pemandu dan penunggang motosikal di Malaysia sudah pasti ramai diantara kita yang tidak berpuas hati dengan kualiti jalan raya di negara ini.

Bagaimanapun, satu kajian firma antarabangsa pasti mengejutkan kita semua apabila meletakkan kualiti jalan raya di Malaysia antara 21 terbaik di dunia malah mengatasi beberapa negara maju yang lain.

Menurut portal statistik terkenal antarabangsa, The Global Economy, kualiti jalan di Malaysia berada di kedudukan ke-21 di dunia, bahkan jauh lebih baik berbanding  Sweden, Kanada, Australia dan Britain.



gambar hiasan

Berdasarkan data tersebut, tahap jalan raya negara ini adalah antara terbaik iaitu 5.3 mata daripada julat keseluruhan tujuh mata untuk posisi tertinggi dan satu mata untuk posisi paling rendah.

Singapura gah muncul memiliki jalan berkualiti di dunia iaitu 6.5 mata diikuti Belanda, Switzerland, Hong Kong, Jepun, Austria, Portugal, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan Oman.

Sebaliknya, jalan di Chad meraih posisi terburuk di dunia iaitu 1.9 mata disusuli Mauritania, Madagascar, Yaman, Haiti, Kongo, Angola, Mozambique, Guatemala, Cameroon dan Nigeria.

Contoh jalanraya di Eropah. Imej: The German Way

Menurut portal itu, tahap jalan di Malaysia pula adalah lebih baik berbanding Sweden (ke-23), Kanada (ke-31), Australia (ke-33), Britain (ke-37), New Zealand (ke-48) dan Rusia (ke-99).

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia di posisi kedua selepas Singapura serta di atas Brunei (ke-30), Thailand (ke-56), Indonesia (ke-59), Laos (ke-86), Filipina (ke-87) dan Vietnam (ke-104).

Namun, statistik itu yang turut dikongsi warganet tertentu sebenarnya data pada 2019 lalu, manakala perangkaan terbaharu untuk tahun 2020 dan 2021 belum pun lagi diterbitkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here