Pemandu kenderaan berat punca jalan sesak

1231

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 30 saman terhadap pemandu kenderaan berat dalam Ops Khas Pengarah JPJ di Plaza Tol Juru Arah Utara, Butterworth awal pagi tadi. 

Pengarah JPJ negeri, Adenan Mat Isa berkata operasi bermula jam 10 pagi hingga 1 pagi itu menyasarkan pemandu kenderaan berat yang menggunakan lorong kanan secara berterusan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.



Pemandu kenderaan berat tidak boleh secara berterusan menggunakan lorong paling kanan di mana-mana lebuh raya kecuali untuk memotong.

Tambahnya, seperti sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir pemandu kenderaan berat yang kekal memandu di lorong kanan melebihi tiga kilometer sebelum memasuki lorong kiri.

Gambar hiasan

“Hanya dalam tempoh 10 jam bermula pukul 10 pagi (semalam), sebanyak 30 notis dikeluarkan bagi kesalahan ini.

“Kedegilan pemandu kenderaan berat ini bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain tetapi turut akan menjejaskan kelancaran aliran trafik,” katanya. 

Sebanyak 336 kenderaan diperiksa dan 112 daripadanya dikenakan tindakan membabitkan pelbagai kesalahan antaranya lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan ubah suai kenderaan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here