Mitsubishi Motors Malaysia sumbang Triton Kepada NCSM

607

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menyumbangkan sebuah trak pikap Triton 4×4 kepada National Cancer Society Malaysia (NCSM), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 1966 menyediakan rangkaian perkhidmatan kanser dan sokongan kepada orang yang terjejas oleh kanser.

Triton akan digunakan oleh NCSM untuk bertemu ke masyarakat luar bandar, terutamanya mereka penduduk miskin kawasan kampung dan bandar di Malaysia yang tiada akses kepada kemudahan saringan.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, Mitsubishi Motors menyokong usaha murni NCSM dalam melaksanakan misi mereka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pencegahan, saringan dan pengesanan awal kanser. 



“Selaras dengan visi CSR ‘Inspiring Lives Today for a Greater Future’, kami tahu bahawa kejayaan bukan semata-mata diukur oleh kenderaan yang kami bawa di jalan raya, tetapi juga dengan kehidupan yang kami perkayakan sepanjang perjalanan. 

“Sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab, kami berbesar hati untuk memenuhi CSR kami dengan menggunakan kekuatan inovatif 4×4 untuk peningkatan masyarakat yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya, selama bertahun-tahun, trak pikap Triton yang memenangi pelbagai anugerah sudah melepasi banyak ujian ketahanan dengan melalui keadaan jalan yang paling teruk. 

Menurutnya, pihaknya berharap Triton akan mendapat akses NCSM ke banyak tempat dan membantu seramai mungkin orang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here