JPJ Kelantan lelong 44 kenderaan dilucut hak

589

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuat tawaran lelongan sebanyak 44 buah kenderaan yang telah dilucut hak bermula Isnin depan.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, pembida kenderaan tersebut merupakan individu yang sudah membeli dokumen lelongan pada 6 hingga 15 Disember tahun lalu.



Menurutnya, setakat ini, tawaran sebut harga paling tinggi dianggarkan bernilai RM30,600.

“Daripada jumlah itu,sebanyak 19 buah kereta, motosikal (19 buah) masing-masing dua buah lori, treler dan sebuah van dan kenderaan pelbagai guna (MPV). Sebanyak 16 kenderaan boleh didaftar, manakala 28 buah lagi dikategorikan sebagai sekerap,” katanya.

Menurut Mohd. Misuari, kesemua kenderaan itu telah dipamerkan untuk pemeriksaan awam di Pejabat JPJ Panji, Kota Bharu, Stesen Penguatkuasa (SPK), JPJ Bukit Jawa (Pasir Puteh), SPK Labok (Machang), SPK Laloh (Kuala Krai), SPK Bukit Bunga (Tanah Merah) dan SPK Kuala Balah (Jeli). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here