Golongan muda 15 hingga 25 tahun penyumbang tertinggi kemalangan

219

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati golongan muda berusia antara 15 hingga 25 tahun menjadi penyumbang tertinggi kes kemalangan termasuk kes maut di negara ini. 

Pengarah Kanan Penguatkuasanya, Datuk Lokman Jamaan memberitahu, data itu menunjukkan tahap kesedaran golongan tersebut tentang keselamatan jalan raya masih rendah.



“Umur risiko yang tinggi berlaku kemalangan termasuk mengakibatkan maut adalah antara 15 hingga 35 tahun dengan kebanyakan mereka adalah penunggang motosikal.

“Daripada kumpulan umur itu, risiko tertinggi adalah pengguna jalan raya dari umur 15 hingga 25 tahun,” katanya.

Kata beliau, jumlah pengguna jalan raya terbanyak juga adalah daripada kumpulan umur 15 hingga 35 tahun.

“Statistik turut menunjukkan kes kemalangan membabitkan pengguna jalan raya berusia 35 tahun ke atas mula menurun,” ujarnya.

Sementara itu, Lokman berkata, dalam tempoh tiga hari pelaksanaan advokasi dan Ops HRA, pihaknya mengesan pemandu tegar yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya, hasil pemeriksaan ke atas 55,904 kenderaan di seluruh negara.

Pihak berkuasa mengeluarkan sebanyak 20,792 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) (Akta 715).

Selain itu, sebanyak 201 kenderaan disita kerana tiada perlindungan insurans, lesen memandu, kesalahan teknikal dan lain-lain

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here