“Bagi elok, pulang van kemalangan, lepas tu lari,” pemilik tanggung kerugian RM4.5k

433
Pemilik sedia maklum dengan risiko yang bakal dihadapi apabila menjalankan perniagaan sewa kenderaan. 
 
Isu misalnya kemalangan, kerosakan, kecurian dan risiko sabotaj oleh orang yang tidak bertanggungjawab antara perkara yang tidak dapat dielakkan. 
 
Sekiranya penyewa bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah dengan cara baik, itu adalah rezeki buat penyewa. Bagaimanapun, tidak bagi pemilik kenderaan sewa ini.
 
Pengguna Facebook Suhairi Mohd Masri berkongsi kejadian penyewa melarikan diri selepas memulangkan van yang disewa selepas terlibat dalam satu kemalangan. 
 
Pemuda itu menyewa sebuah van Toyota Hiace selama dua hari bermula 8 April lalu. Namun, malang tidak berbau van yang disewa terlibat kemalangan. 
 
“Bagi van elok pulang van excident. Isi form orang lain, driver orang lain. Masa pulang penyewa memang tunggu aku..
 
“Tetapi aku tak ade..so staff aku lepaskan dia sebab nak berbuka. Lepastu janji lepas berbuka datang. Sampaila sekarang tak datang dan call tak berangkat,” tulisnya.
 
Tindakan penyewa yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan dia menanggung kerugian sebanyak RM4,500. 

TIADA RESPONS 

Tambahnya, kos baik pulih itu dibayar secara tunai kerana urusan tuntutan insurans yang mengambil masa yang lama selain kemalangan yang meragukan. 
 
Suhairi menjelaskan telah menghubungi individu berkenaan menerusi aplikasi Whatsapp namun tidak dibalas. Bahkan dia juga mengunjungi alamat rumah kad pengenalan pemuda tersebut namun penyewa tersebut tidak tinggal disitu. 
 
Berdasarkan perkongsian imej di hantaran berkenaan, bahagian cermin penumpang depan dan belakang di sebelah kiri pecah selain tiang A yang kemek. 
 
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya: 
 
“Saya pernah cuba, baru sekali bagi sewa 3 hari. Van sampai kemik terus tak jadi nak buat sewa .. kos kerugian 450. Semoga tuan dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan.”
 
“Cermin pecah pun depan dan belakang, tengah elok je. Accident dengan apa ni? Janganlah aniaya pemilik kenderaan. Dah dibagi sewa jaga lah elok-elok.”
 
“Nampak gaya eksident nie macam gesel dengan lori.”


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here