Go Auto-Higer Ace E1: Lapan ciri anda kena tahu tentang van elektrik ini, harga bermula RM268K

372

Pengedar jenama Higer di Malaysia, GVT Sdn Bhd (Syarikat kumpulan Go Auto) memperkenalkan van elektrik komersial terbaharunya, Go Auto-Higer Ace E1 untuk pasaran pasaran Malaysia. 

Go Auto-Higer Ace E1 yang juga van komersial elektrik pertama jenama berkenaan hadir ke pasaran Malaysia. Ia hadir dengan spesifikasi 5.4 meter, 70kWh dan dalam dua pilihan iaitu van penumpang dan van kargo. 

Pada masa sama, unit pertama Go Auto-Higer Ace E1 ini sudah diserahkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada penghujung tahun lalu.



Ini fakta yang anda perlu tahu tentang Go Auto-Higer Ace E1:

  1. Dari segi dimensi, Go Auto-Higer Ace E1 memiliki 1,880mm (lebar), 2,335mm (tinggi), 5,380mm (panjang) selain memiliki jarak roda 3,110mm. 
  2. Antara ciri-ciri lain yang ada pada Go Auto-Higer Ace E1 termasuklah rim aloi bersaiz 16-inci bersama tayar 215/75, LCD TV 8-inci, paparan DVD (Android Player), kamera undur dan banyak lagi. 
  3. Hadir dengan 15 tempat duduk serta kapasiti bateri 70kWh. Ia mampu bergerak sejauh 300km dengan satu isian penuh (berdasarkan kepada “New European Driving Cycle”). 
  4. Bagi sekali pengecasan penuh bateri pula, ia cuma mengambil masa anggaran 75 minit dengan kapasiti pengecas berkuasa 60 kW DC. Charging inlet menggunakan CCS2 DC dan Type-2 AC (Standard Antarabangsa).
  5. Go Auto-Higer Ace E1 menggunakan bateri Lithium ion dari CATL. CATL  adalah antara syarikat pembuat bateri terbesar, mempunyai pasukan servis selepas jualannya di Malaysia. Ini adalah satu kekuatan dalam pemilihan komponen utama oleh pihak Higer. 
  6. Go Auto-Higer Ace E1 dijual pada harga bermula RM268,888 dan di mana setiap pembelian juga didatangkan dengan pengecas mudah alih dengan kapasiti 7kW secara percuma. 
  7. Dari aspek waranti, Go Auto-Higer Ace E1 didatangkan dengan 5 tahun jaminan kilang atau 150,000km (mana tiba dahulu) bersama bateri selama 5 tahun atau 200,000km (mana tiba dahulu). 
  8. GVT mempunyai 88 rangkaian servis selepas jualan bagi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Syarikat berkenaan juga memasarkan bus elektrik serta diesel jenama Higer dan Yutong. Sehingga kini, sudah pun membekal bus elektrik kepada TNB, serta bus diesel kepada agensi kerajaan dan universiti.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here