Pemerintah Daerah Bali mengesahkan peraturan larangan sewa motor kepada pelancong asing di pulau berkenaan.

Larangan itu dikeluarkan kerana ramai pelancong yang melanggar undang-undang jalan raya di Bali.  



Berdasarkan data polis Bali, dalam tempoh seminggu terdapat 171 kesalahan jalan raya yang dilakukan warganegara asing dan angka berkenaan sangat tinggi bagi tempoh seminggu.

Menurut Gabenor Bali, I Wayan Koster, pelancong asing akan dilarang menyewa motor dan peraturan tersebut akan dimasukkan dalam Peraturan Daerah (Perda) Bali yang mana mereka dibenarkan menggunakan kenderaan dari agen pelancong untuk bersiar. 

“Yang pertama mengenai pelancongan Bali, jadi sudah ada Peraturan Gabenor (Pergub) Bali, mengenai tata kelola pelancongan Bali. Jadi pelancong, tidak dibolehkan menggunakan sepeda motor atau apa yang bukan dari travel agent.

“Jadi minjam atau nyewa (sepeda motor) tidak dibolehkan lagi. Kenapa sekarang diterapkan, karena kalau waktu pandemi Covid-19, tidak mungkin, turisnya tidak ada, sekarang mulai ditata,” jelasnya.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Bali, Irjen Putu Jayan Danu Putra berkata pihaknya sedia memantau pelancong yang melanggar peraturan lalu lintas dan memberikan nasihat kepada pemilik sewa yang memberikan motor kepada pelancong asing. 

Bagaimanapun, tindakan tersebut dianggap tergesa-gesa. Ketua Perhimpunan Rental Motor (PRM) Bali, Dedek Warjana bimbang pelaksanaan itu bakal mematikan perniagaan penduduk tempatan.

“Ini seharusnya peraturannya diperketat. Kalau ada orang asing maupun warga lokal yang melanggar (lalu lintas) wajib dihukum. Warga asing itu, mereka meniru kebiasaan warga lokal,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here