Utama Berita Automotif Sewa RM150 sebulan pada Rohingya, JPJ sita Yamaha 135LC

Sewa RM150 sebulan pada Rohingya, JPJ sita Yamaha 135LC

12
Cubaan seorang warga tempatan meraih keuntungan dengan menyewakan motosikal kepada seorang warga Rohingya pada kadar RM150 sebulan membawa padah apabila disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi di KM 2, Jalan Dato’ Kumbar, Alor Setar, pada Isnin.
 
Hasil pemeriksaan pada jam 9 pagi itu mendapati penunggang terbabit gagal mengemukakan Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah.
 
“Siasatan lanjut turut mendedahkan motosikal berkenaan disewa daripada seorang warga tempatan untuk kegunaan harian.
 
“Yamaha 135LC berkenaan telah disita bagi tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” menurut kenyataan.
 
JPJ menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang didapati membenarkan atau menyewakan kenderaan kepada pendatang asing tanpa izin (Pewa) tanpa memastikan mereka memiliki lesen memandu yang sah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here