Tiga lelaki tersepit lebih 30 minit nahas van

318

Tiga lelaki tersepit lebih 30 minit selepas van dinaiki mereka merempuh sebuah lori di KM207 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Alor Gajah, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Asnizam Kamberon berkata, nahas dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.55 petang melibatkan sebuah van jenis Toyota Hiace.

Katanya, pasukannya menerima laporan pada pukul 2.02 petang dan sepasukan 12 anggota bersama-sama dua jentera serta sebuah unit Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.



“Pasukan tiba pada pukul 2.22 petang dan mendapati telah berlaku kemalangan melibatkan sebuah van yang merempuh bahagian belakang lori.

“Terdapat tiga orang mangsa di dalam van tersebut dan setakat pukul 3 petang tadi operasi mengeluarkan mangsa masih dijalankan kerana bahagian hadapan kenderaan itu remuk teruk,” katanya.

Tambahnya, tiga pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) turut berada di lokasi bagi memberikan bantuan awal perubatan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here