BMW XM bakal lancar Jun ini: 653hp, 800 Nm, 0-100km/j hanya 4.3 saat, bayaran bulan RM16,698

534

Menjelang ketibaannya bagi pasaran tempatan, BMW Malaysia mempersembahkan BMW XM, Kenderaan Aktif Sukan (SAV) BMW M GmbH berprestasi tinggi yang pertama kali didatangkan bersama daya pacuan elektrik.

Dijadualkan tiba di Malaysia pada Jun 2023, BMW XM menampilkan sistem pacuan BMW M HYBRID. Ia juga digandingkan dengan teknologi suspensi M untuk pemanduan dinamik yang tiada bandingannya.

Dimensi dan reka bentuknya

Panjang BMW XM berukuran 5,100 mm, lebar 2,005 mm dan tinggi 1,755 mm, sementara jarak roda 3,105 mm. Kapasiti muatan bagi SAV ini berukuran 527 liter, tetapi boleh ditingkatkan kepada 1,820 liter.



Sebagai standard, BMW XM hadir Pakej M Aerodynamics dan M High-Gloss Shadow Line, dengan Konten Lanjutan yang disediakan untuk profil Shadow Line. Selain itu, lampu hadapan Adaptive LED dengan ciri bantuan lampu tinggi juga disertakan secara standard.

Dari sudut hadapan, BMW XM tampil gril “kidney” bersaiz besar dengan kisi-kisi M berkembar secara mendatar.

Jika dilihat dari sisi, BMW XM menyerlahkan siluet tersendiri yang hadir dengan garis bumbung yang melandai, justeru membuar iras lebih garang.

Dengan seksyen belakangnya yang menirus, tingkap sisi jentera ini menonjolkan lagi profil dinamik BMW XM yang sulung. Turut memperkayakan profil sisinya ialah jalur trim dalam rona “nightgold” yang selari dengan garisan tingkap. Set roda aloi ringan 23” Star Spoke Style 923 M Bicolour Night Gold Accent atau Bicolour Black Accent untuk profil Shadow Line.

Belakangnya pula hadir lampu belakang berbentuk L yang langsing. Seperti model BMW M, ia didatangkan dengan dua paip ekzos berkembar. Bagaimanapun, yang membezakan adalah paip ekzos berbentuk heksagon yang disusun secara menegak, sebuah tafsiran yang unik bagi ciri signatur M.

Eksterior yang mengagumkan, interior yang menawan

Selain kemasan trim interior bermaterialkan gentian karbon, ruang kabin SAV itu mengetengahkan BMW Curved Display, ia meliputi Paparan Informasi dan Paparan Kawalan beresolusi tinggi dengan ciri sentuh. 

Bagi memberi status M yang lebih anggun, SAV ini dilengkapi Stereng Kulit M, Tali Pinggang Keledar M dan Kerusi Multifungsi M. 

Di samping itu, material kulit vintaj serba baharu boleh dilihat pada panel pintu, termasuk seksyen atas panel instrumen.

BMW Live Cockpit Professional menampilkan Paparan Informasi 12.3 inci yang berfungsi seiring dengan Paparan Kawalan 14.9 inci untuk membekalkan pelbagai kemudahan dengan tata atur yang kemas. Tambahan lagi, Papar Pandu BMW (BMW Head-Up Display) terintegrasi menjamin garis pandangan yang optimum bagi pemandu,.

Untuk keselesaan maksimum, fungsi ventilasi aktif pada bahagian tempat duduk di samping unit kawalan penyaman udara automatik 4 zon turut disertakan bersama, fungsi mengurut bagi pemandu dan penumpang di hadapan. 

Bukan itu sahaja, pencahayaan ambien dan BMW Iconic Sounds Electric turut memperkayakan lagi suasana ruang kabin. Sementara hiburan dibekalkan sistem Bowers & Wilkins Diamond.

Tempat duduk belakangnya dilengkapi tempat duduk bertaraf kelas pertama dengan ciri lengkungan yang dirumus untuk mendakap penumpang.

Akhir sekali, material bumbung Alcantara dengan struktur 3D prismatiknya membuat kenderaan ini tampak lebih luas.

Plug-in Hybrid

BMW XM adalah model BMW M yang pertama didatangkan dengan sistem pacuan hibrid “plug-in”. 

Ia menggunakan enjin M TwinPower Turbo V8 4.4 liter dengan menggabungkan motor elektrik. Kuasa itu disalurkan dipadankan dengan transmisi transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan.

Gabungan enjin dan motor elektrik itu membuatkan ia boleh menyalurkan kuasa mencecah 653hp dan tork setinggi 800 Nm. Pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 4.3 saat sahaja.

Bagi kelajuan tertingginya, ia dihadkan sehingga 250 km/j (270 km/j dengan pakej M Driver, yang disertakan secara standard). Untuk kelajuan tertinggi bagi tenaga elektrik dihadkan pada paras 140 km/j.

Sementara itu, bateri voltan tinggi yang terletak di dalam lantainya membekalkan jarak operasi elektrik sejauh 88 kilometer. Ia boleh dicas pada kadar setinggi 7.4 kW di stesen pengecasan AC. Dengan kapasiti bateri 25.7 kWj, ia boleh dicas penuh dari 0% hingga 100% dalam tempoh 4 jam 15 minit.

Sistem bantuan pemandu

Didatangkan bersama bagi membantu pengguna serta memperkayakan lagi pengalaman memandu. Dilengkapi sebagai standard ialah Driving Assistant Professional, yang merangkumi Steering and Lane Control Assistant, Automatic Speed Limit Assist, Lane Change Assistant, Active Cruise Control with Stop&Go, Lane Departure Warning, Front/Rear Crossing Traffic Warning, Emergency Stop Assistant  dan Evasion Assistant.

Untuk memilikinya, ansuran bulanannya bermula RM16,698 berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh tujuh tahun. 

Berminat, anda boleh menghubungi wakil pengedar BMW untuk maklumat lanjut atau sila layari www.bmw.com.my.

 

Galeri gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here