Pusat 3S Mitsubishi Alor Star baharu: Bilik pameran Mitsubishi Motors terbesar di wilayah Utara

1488

Pengedar sah Mitsubishi Motors Malaysia, JM Auto Gallery (Alor Star) berpindah ke pusat 3S baharu di Alor Star, Kedah sekali gus menjadi bilik pameran Mitsubishi Motors terbesar di wilayah Utara.

Pengedar yang sama juga mengembangkan perniagaannya dengan membuka bilik pameran baharu di Langkawi. Kedua-dua Pusat 3S itu dilengkapi dengan identiti terbaru Mitsubishi Motors dengan mesej jenama global ‘Drive Your Ambition’.



Dengan keluasan kemudahan 10,000 dan 2,300 kaki persegi masing-masing di Alor Star dan Langkawi. Pusat 3S itu juga menawarkan persekitaran yang lebih hangat kepada pelanggan. 

Ia dilengkapi dengan ruang istirahat yang selesa, WIFI dan sudut kanak-kanak. Cawangan di Alor Star didatangkan dengan pusat servis yang serba lengkap dengan lapan ruang servis.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, JM Auto Gallery (Alor Star) tidak asing lagi dalam keluarga Mitsubishi Motors dan menjadi rakan kongsi perniagaan sejak 14 tahun lalu. 

“Pengedar itu juga adalah penyumbang utama kepada jualan MMM, kerana syarikat itu menyaksikan peningkatan 37.3% dalam jualan dari Januari-Disember 2022 berbanding tempoh yang sama pada 2021. 

“Kami gembira melihat pengedar yakin dengan pertumbuhan perniagaan MMM dan komitmen untuk menaik taraf kemudahan bilik pamerannya, dan juga untuk pembukaan cawangan baharu di Langkawi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya.

Alamat Pusat 3S Mitsubishi

  • Pusat 3S Mitsubishi Alor Star terletak di Lot 10201B, Kampung Batin Mergong, Mukim Mergong.
  • Pusat 3S Mitsubishi Langkawi di No. 68, Pusat Perniagaan Kelana Mas Kuah. 

Kedua-dua bilik pameran dibuka dari:

  • Isnin hingga Ahad bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here