[Video] Perodua Myvi masuk sungai, bapa dikhuatiri lemas

614

Seorang bapa dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan anak lelaki berusia lima tahun apabila Perodua Myvi miliknya terjatuh di dalam sungai Kampung Imbahan, Putatan, semalam.

Mangsa, Lasibi Lawahidu, 40-an, dikatakan terjun ke dalam sungai berkenaan sejurus kereta yang terdapat anaknya, Mushab Umair Lasibi, 5, secara tiba-tiba bergerak lalu terjatuh ke dalam sungai dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.



Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa difahamkan berada di tebing sebelum kejadian dan sedang memancing.

“Anak mangsa pula berada di dalam kereta dengan keadaan enjin dihidupkan dan diletakkan di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun, kereta itu dikatakan tiba-tiba bergerak sebelum jatuh ke dalam sungai. Mangsa kemudiannya bertindak terjun untuk menyelamatkan anaknya yang masih berada dalam kereta,” jelasnya,

Bagaimanapun, mangsa sempat menyelamatkan anaknya sebelum dibantu seorang lelaki yang kebetulan berada di tempat kejadian untuk memancing.

“Namun mangsa dikatakan tiba-tiba hilang dipercayai tenggelam ketika lelaki berkenaan menyambut kanak-kanak itu,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.53 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kota Kinabalu.

“Setakat ini jam 11 malam tadi, mangsa masih belum ditemui dan operasi masih dijalankan,” katanya.

@mon251284

kerita mybie jatuh d sungai putatan anaknya dlm kerita papa nya sedang memancing tiba²kerita mybie jln ke arah sungai dan,,mangsa anak dlm kerita selamat dan bapa yg pigi selamat belum jumpa lg nasip ada org lain pigi tolong tu budak dlm kerita,,kerita tu suda tengalam nasip dia dapat juga tu budak itu bapa tu budak tu org tolong tapi tak sempat tarik terus tengalam,,,

♬ bunyi asal – omon84

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here