#Tips: Jangan panik!, ikuti langkah ini apabila kereta terjunam ke dalam sungai…

1993

Di seluruh dunia beberapa ribu orang mati setiap tahun disebabkan kereta terjunam ke dalam air.

Kejadian berlaku mungkin dalam pelbagai keadaan antaranya kereta dihanyut banjir kilat, terjunam secara tidak sengaja ke tasik atau sungai, kemalangan lalu bergolek ke tebing sungai atau memandu di kawasan yang dinaiki air tanpa diduga.

Jadi apa yang perlu dilakukan apabila kereta memasuki air?. Sebaik kereta mula tenggelam, semuanya berlaku cukup pantas kata kunci di sini adalah kekal TENANG!.
 

KERETA CONDONG KE DEPAN



Sebaik ditenggelami air, kedudukan kereta akan condong ke depan kerana bahagian enjin yang lebih berat. Ruang enjin akan dipenuhi air dengan cepat namun udara yang terperangkap dalam kabin memastikan kereta terapung.
 

Jika anda panik, peluang untuk hidup jauh lebih rendah. Anda mempunyai sekurang-kurangnya 30 saat untuk keluar dan maksimum dua minit yang bergantung kepada tahap  kedapan udara dalam kabin. Ini mempengaruhi berapa lama kereta anda akan terapung.

Jadi anda perlu bertindak pantas dengan memecahkan tingkap sisi. Komponen berkenaan lebih mudah pecah berbanding cermin depan atau belakang. 

Sekiranya gagal pada percubaan pertama dan kereta mula perlahan tenggelam segera berpindah ke tempat duduk belakang. Ini kerana bahagian tersebut masih terapung berbanding depan yang semakin tenggelam.

Anda memiliki sedikit masa tambahan untuk memecahkan cermin sisi penumpang belakang. Jika tidak memiliki alat pemecah kaca boleh gunakan besi pada perehat kepala kerusi depan. 

Jika kereta anda didatangkan dengan bumbung suria, guna laluan tersebut untuk keluar dan anda memiliki lebih banyak masa. Difahamkan peralatan elektrik termasuklah tingkap elektrik akan berfungsi sekurangnya 10 minit sehingga kereta tenggelam.
 

TAK SEMPAT PECAHKAN CERMIN SEBELUM KERETA TENGGELAM

Tetapi jika usaha berkenaan gagal cuba buka pintu dengan segera. Bagaimanapun situasi ini sangat sukar kerana air akan mengalir masuk dengan cepat. Selain itu, pintu tidak boleh dibuka dalam keadaan kereta dimasuki air. 

Apabila berada dalam situasi tidak sempat berbuat apa-apa, anda perlu tahu semakin dalam anda tenggelam, semakin tinggi tekanan air yang menekan pintu dan cermin.

Apabila air sudah memenuhi ruang kabin barulah mudah untuk anda membuka pintu tetapi mengikut kajian peluang untuk hidup adalah rendah hanya 10 peratus. 

Jika kereta tenggelam sebelum sempat keluar, pegang pemegang pintu untuk mengekalkan kedudukan anda kerana kereta boleh bergolek, terbalik atau condong semasa ia tenggelam, terutamanya air dalam dengan arus kuat.

Tarik nafas dalam-dalam menggunakan udara yang tinggal. Cuba tolak pintu dengan kuat (mungkin anda perlu gunakan kaki) kerana saat ini tekanan luar dan dalam adalah seimbang dan lebih mudah untuk anda membuka pintu. 

Selain itu, anda juga boleh pecahkan cermin kereta menggunakan alat pemecah atau besi perehat kepala. Cari arah buih semasa menghembus nafas supaya anda boleh mengetahui arah berenang ke atas.

Tinggalkan semua barang dalam kenderaan dan jika anda bukan seorang perenang yang bagus tanggalkan kasut.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here