Mitsubishi Motors Malaysia catat sejarah jualan tertinggi pada 2022 sejak ditubuhkan 17 tahun lalu

361

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mencatatkan peningkatan 27 peratus jualan untuk Tahun Kewangan 2022 (April 2022 – Mac 2023) berbanding masa yang sama tahun sebelumnya.

Sebanyak 24,315 unit terjual dengan penguasaan pasaran sebanyak 3.2 peratus. Ia sekali gus membolehkannya mengekalkan tiga tempat teratasnya dalam jadual jualan automotif bukan nasional. Ini juga sejarah pencapaian jualan tinggi MMM sejak penubuhannya pada tahun 2005.



Mitsubishi XPANDER kekal sebagai MPV bukan nasional paling popular di Malaysia dengan pertumbuhan jualan sebanyak 52.2 peratus berbanding Tahun Kewangan 2021 (April 2021 – Mac 2022). MMM menjual 13,794 unit XPANDER yang menyumbang 57 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan syarikat.

Mitsubishi Triton menerima pertumbuhan jualan sebanyak 12 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya. MMM menjual 10,520 unit Triton dan mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh sebanyak 18 peratus. Triton juga menjadi nombor dua yang kukuh dalam segmen trak pikap.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda berkata,  Triton dan XPANDER menjadi pemangkin kepada pertumbuhan jualan pada TK22. 

“Dalam menamatkan tahun kewangan yang berjaya, kami akan terus menumpukan pada menambah baik pengalaman pembelian dan perkhidmatan pelanggan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang,” katanya.

1 KOMEN

  1. Saya memang sangat berminat mengetahui lbih lanjut dr semasa ke semasa tentang perkembangan truck mitsubishi triton yang terkini. Tqvm

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here