Utama Berita Automotif Pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, 3 dikhuatiri maut

Pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, 3 dikhuatiri maut

614
Sebuah pesawat dilaporkan terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Sungai Buloh, pada Khamis.
 
Insiden tersebut juga dikatakan turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.  Turut difahamkan, pesawat itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang.
 
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu.
 
“Benar, kita mendapat maklumat bahawa ada sebuah pesawat terhempas di Elmina,” katanya.
 
Menurut Berita Harian, difahamkan tiga individu terkorban dalam insiden berkenaan membabitkan juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang penunggang motosikal yang dipercayai dirempuh pesawat berkenaan.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here